Sabtu, 29 Disember 2018

Lost Quran

Bukan senang memperbaiki diri. Hilang quran, umpama hidup tak beerti. Jiwa Quran sangat terasa asing sekali. Bila di baca sinar hati bercambah kembali.

Quran bagaikan hilang dalam diri ini. Bila mengutamakan hal hal lain, bagai terasa quran menangis sendiri. Maafkan Aku duhai Kalam Tuhan. Aku tak mengerti dirimu sentiasa disisi. Bila aku senang kamu aku lupai. Bila aku susah baru dirimu Aku ingati.

Maafkan aku Kalam Tuhan. Setiap bait bait ucapan dirimu sampaikan, aku abaikan tanpa aku ambil sebagai penguat hati. Aku hanya menghafal mu setiap hari, tapi tak mengerti bait bicaramu dalam kalam mu ya rabbi.

Bagaimana mungkin, dapat ku cari kalam seindah mu duhai Quran? Bila dibaca meruntun hati. Bila di hafal memperbaiki hati hitam berkarat ini. Bila di tinggal bagai diri kosong sekali.

Tolonglah aku ya rabbi, temuilah daku dengan sinar AlQuran ini, yang dulu memberi semangat pada hati.

Tapi diriku tak sekuat Nabi. Setiap kali di uji hanya menyalahkan takdir illahi. Kenapa begitu, kenapa begini? sedangkan di sisi lain aku tak mengerti, ujian datang mentarbiah hati. Hati ku hitam, nasihat mereka susahku dengar. Aku bagaikan di dalam fantasi. Memang benar dunia ni penjara dan akhirat itu selamanya. Akan tetapi ingin kecapi akhirat, dunia datang menguji jiwa. Manusia di kurniakan emosi. Marah, sedih, sakit, benci, dendam melekat dalam diri setiap insan. Tapi berapa peratus manusia yang mampu mengawal?

Marah datang dalam emosi. Manusia lain di maki. Bagaikan diri sempurna sekali. Nasihat tak di dengari. Malah kata- kata kesat di lempar sesama sendiri

Sedih pula datang menguasai diri. Menginsafi kesilapan diri. Hingga kadang ingin membunuh diri. Akan tetapi di selamtkan oleh Tuhan Rabbul izzati.

Benci  singgah sejenak di dalam hati. Bisikan kejahatan terngiang-ngiang di telinga. Tinggalkan dia. Jauhilah dia. Hidup seorang lebih baik tanpa masalah. Mengapa perlu fikir kepada manusia lain? Amalan kita masih belum cukup dah fikir hal orang lain.

Dendam pula merasuk jiwa.Tak payah, buat apa nak fikir tentang mereka? adakah kau mampu untuk membimbing mereka semua? sedangkan kau cakap di mulut tak sama dengan muka. Pandai berkata tapi tak amanah dengan kata-kata, yang di kata hanya janji serapah. Bagai munafik di dalam jiwa.

Itulah punca bila Quran di tinggal dunia di utama. Penderaan emosi seringkali tercipta. Bagai si gila bercakap sendiri tanpa tujuan. Bagai penagih dadah yang hilang hala tuju kehidupan






ASSALAMUALAIKUM.. 

DARI HATI SANG PENDOSA . INGIN MENGUBAH DIRI MENJADI PEMBELA