Ketersediaan generasi muda muslim menghadapi era 4.0
Revolusi industri 4.0 yang melibatkan teknologi digital telah memberi cabaran baru kepada semua sektor dunia termasuklah bidang pengajian Islam. Masyarakat Islam perlu melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk kekal berdaya saing.Sebelum ini, revolusi indusrti yang pertama bergantung kepada penggunaan mesin berkuasa wap. Revolusi Perindustrian kedua pula melibatkan kuasa elektrik. Kemudian diikuti dengan revolusi perindustrian ketiga berasaskan teknologi maklumat dan komputer sebagai tonggaknya. Kini Revolusi 4.0 pula telah menemukan pelbagai teknologi baru seperti internet of things (IoT), analisis, bog data, simulasi, integrasi sistem, penggunaan robotik dan cloud yang bakal merancakkan kemajuan landskap dunia moden. Generasi muda muslim perlulah mengambil pengajaran daripada sarjana Islam terkemuka iaitu Imam Ghazali yang berjaya menguasai semua bidang ilmu. Masih tidak terlambat untuk umat Islam mengambil bahagian dalam pembangunan Revolusi industri 4.0 agar dapat mengubah dunia.
Semua rakyat termasuk generasi muda perlu dilengkapkan dengan Ilmu pengetahuan berkaitan teknologi sebagai persiapan bagi menghadapi perkembagan revolusi industri 4.0. Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo berkata untuk itu kerajaan menerusi kementerianya berusaha untuk memastikan infrastruktur bagi capaian internet mencukupi supaya rakyat tidak ketinggalan. Ini menunjukkan betapa pentingnya untuk menyediakan diri daripada sekarang untuk cabaran masa depan. Dalam pada itu, pihak kerajaan telah melakukan apa sahaja yang boleh memastikan generasi muda hari ini sama ada di Bandar atau luar Bandar menikmati akses Internet. Kalau taka da akses maka kita tak boleh mengambil atau menikmati kemudahan-kemudahan daripada teknologi baru ini. Permulaan yang harus dilakukan pada generasi muda adalah menggunakan faedah yang terdapat pada kemudahan teknologi sebagai persediaan menempuhi cabaran dalam era baru ini.
Revolusi Industri 4.0 ialah abad internet dan teknologi. Pada abad ini, generasi muda harus menyiapkan diri untuk menghadapi cabaran pada era revolusi 4.0 ini.Generasi muda haruslah haruslah menguasai pembacaan, menghafal Al-Quran dengan tartil, menguasai hadis Nabi, menulis dengan menggunakan bahasa Arab dan menguasai teknik berkomunikasi menggunakan teknologi agar ilmu boleh disebarkan dan tidak luput ditelan zaman. Melalui generasi muda, dakwah harus disampaikan melalui instrumen teknologi dengan tujuan untuk menyampaikan ajaran Islam dan disebarkan kepada masyarakat.
RUJUKAN
1. Inaara Aznan, 2019, Revolusi Industri 4.0 Cabaran baharu dalam pengajian Islam, www.ukm.my/news/latest_News/revolusi-industri-4.0-beri-cabaran-baharu-dalam-pengajian-islam/, diakses 3 jan 2019, 8.00 pm.
2. Bernama, 2019, Rakyat perlu lengkapi pengetahuan teknologi hadapi revolusi digital 4.0, www.bernama.com/bm/news.php?id=1702898, diakses 3.jan.2020, 8.00 pm.
3. Razikin Juraid, 2018, Dakwah alokatif pemuda Islam menghadapi era industri 4.0, https://m.hidayatullah.com/artikel/ghazwul-fikr/read/2018/11/27/155390/dakwah-alokatif-pemuda-islam-menghadapi-era-indusrti-4.0.html, diakses 3 jan 2019, 8.00 pm.
KALAM PENDOSA
Sabtu, 4 Januari 2020
Persediaan generasi muda hadapi revolusi 4.0
Isnin, 14 Oktober 2019
Masa
Bukan mudah untuk mematuhinya. Kesetiaan sering di uji untuk mentaatinya. Kemalasan sering terjadi apabila ada nya ia. Ya siapa lagi kalau bukan masa. Masa itu ibarat emas bak kata orang tua2.
Tapi sejauh mana ketepatan kita menghargainya. Sejauh mana masa yang kita amalkan di dunia. Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Memang betul firman allah ini, kita adalah orang yang sangat rugi, sebab mengabaikan masa sesuka hati.
Manusia itu pelupa, itu memang fitrah. Jadi bagaimana untuk kita mengatasinya. Kadang kita sebok dengan hal dunia, quran sukar sekali untuk di buka apatah lagi dibaca, apa lagi menghafalnya. Bayangkan apa kan jadi jika ayat quran itu nanti allah tarik kembali?. Petunjuk sudah allah beri. Jadi apa yang kita mahukan lagi?.
Bila di kata kenapa xda masa untuk quran?. Masa menjadi alasan. Penat menjadi godaan. Maka jadila kita manusia yang rugi dalam firman allah itu tadi.
Adakah kita ingin menjadi mukmin yang berusaha untuk mendapat rahmat allah. Atau hanya ingin menjadi manusia yang rugi? Pilihla.. keputusan ada di tangan kita.
Bagi manusia yang rugi. Mereka akan nampak dunia ini adalah segalanya2. Dunka ini adalah syurga. Bagi seorang mukmin, mereka akan nampak dunia ini penjara, dunia ini sementara, dunia ini tempat bekal untuk ke syurga. Akhirat lah tempat yang kekal selamanya.
Quran oh quran dalam mu terselit banyak petunjuk dan hikmah. Akan tetapi segelintir orang yang hanya memandang mu sebagai mukjizat yang sangat mulia.
Quran oh quran, engkau menyelamatkN para pembaca, penghafal dan pengamal quran dari siksa neraka. Engkau menenangkan bagi mereka yang membacanya.
Quran oh quran. Rajuk mu hanya allah yanng faham. Tika manusia meninggalkan mu menjadi debu tanpa bacaan, engkau merajuk hanya allah yang faham. Tika manusia bertengkar mengenai hukum alam. Engkau sedih melihat persengketaan sesama islam.
Quran oh quran, nikmatmu tersangat besar. Engkaulah mukjizat dan petunjuk akhir zaman. Siapa yang berpegang dan mengamalkan mu, hidupnya akan terhindar dari masalah.
Quran itu kalam mulia, mengubah derita menjadi bahagia, kalam allah jangan di sia, kelak diri rosak binasa.
Pengorbanan
Apa yang perlu kita faham setiap kebaikan yang allah tanamkan dalam diri kita perlu di teruskan, sapa yang suka akan kebaikan, manusia akan pandang keburukan dari kebaikan .Sebagai seorang mukmin kebaikan perlu di teruskan walaupun keburukan yang di pandang.
Begitula hakikatnya bersahabat, kadang ada gembira, kadang ada dukanya. Duka apabila semua kita akan berpisah. Pertemuan yang allah berikan hanya sementara, maaf bukan semua ada dalam gambar ini, biarlah hanya allah faham persahabatan ini di tahap mana. Setiap pengorbanan yang kita lakukN akan ada hasilnya di akhirat nnti .Yakin dengan janji allah sahabat.
Setiap pertemuan ada perpisahan. Dalam perpisahan ada kemanisan. Dalam kemanisan ada pengorbanan. Dalam pengorbanan ada tangisan. Dalam tangisan ada kedukaan. Dalam kedukaan terselit kesedihan. Dalam kesedihan ubatnya alquran.
Bersahabatlah seperti rasul dengan sahabat baginda. Bersahabatlah seperti perjuangan para sahbat menentang musuh islam. Bersahbatlah seperti rasul menyebarkan agama bersama sahabat. Bersahabatlah seumpama para sahabat yang bersahabat sehingga allah menjemput mereka. Biar perpisahan ini terasa perit terasa, biar perit di dunia tapi nikmat di syurga. Uhibuki fillah lillahitaala.
Ahad, 6 Oktober 2019
QARIN
Siapakah Qarin itu sebenarnya?? apakah ia jin pendamping yang baik atau jahat bagi orang yang di dampinginya?? mengapa qarin tidak meninggal menyusul orang yang didampinginya ke alam baka (kekal)?? secara bahasa”qarin” berarti teman atau pasangan.karena itu qarin sering di artikan sebagai teman yang selalu mendampingi kita di man saja kita berada.
Apa yang kita faham teman , ada yang baik dan ada yang buruk. Begitu juga dengan qarin, ia kadang memiliki pengaruh baik pada kita kadang juga memiliki pengaruh buruk pada kita. Tetapi pengaruh kita sebagai manusia lebih tinggi dibandingkan pengaruh qarin terhadap kita.
Qarin sudah ada sejak kita lahir. Karena itu , ada yang mengistilahkan qarin itu pasangan kembar kita. Hanya saja ia bentuknya ghaib dan tak terlihat. Sebagai pasangan yang selalu mengikuti kita kemana saja , sudah pasti ia tahu betul apa yang kita kerjakan semasa hidup. Seingga qarin bisa menyampaikan keinginan2 yg ingin di sampaikan alkmarhum/almarhumah saat ihdupnya yang belum sempat terucap.
Keberadaan qarin dlm tubuh kita di pertegas oleh hadist nabi riwayat Abdulah bin mas’ ud. Dalam hadist tsb di sebutkan bahwa rasullulah bersabda “ tidak ada seorang pun diantara kalian yang tidak di tunjuknya jin pendamping (Qarin) “.” para sahabat bertanya”. “termasuk anda, ya Rosulullah??”
“ya” Jawab nabi. “Hanya saja aku mendapat pertolongan Allah, sehingga jin pendampingku masuk islam, dan ia tidak pernah mengajak ku kecuali yang baik-baik”
Daripada cerita ini, aku kukuhkan dengan hadis dari nabi. Banyak orang kata qarin itu jahat, padahal qarin itu mempengaruhi diri kita sendiri. Kalau kita baik, qarin itu datang memberi kita nasihat dan mengigatkan amalan kita, kalau kita jahat, qarin akan mempengaruhi untuk buat jahat juga.
Perkara ini pernah berlaku dalam diri aku, bila aku leka dari nikmat dunia, ada seseorang yang akan menasihati aku. Kadang dia menjaga aku.. pernah aku pergi berubat. Yalah takut yang datang itu benda buruk. Tapi kata mereka, aku sehat tanpa gangguan.
Disini aku faham, allah datangkan seorang teman untuk tegur salah silap aku, dia mengubah aku. Aku bukan lah insan yang baik. Keburukan aku hanya allah yang tahu. Kejahatan aku hanya allah yang faham. Aku sangat bersyukur allah datang kan seseorang untuk membimbing aku. Qarin itu akan kekal bersama kita sampailah kita dah meninggal. Tapi kawan, kluarga, sahabat?? Berkawan adakala menyakitkan sebab emosi kita mereka tak faham. Keluarga, mereka amat diperlukan, mereka adalah yang paling kita sayang, tapi kadangkala hati kita merek Tak faham. Sahabat. Mereka sangat memahami ketika susah dan senang, adakala kita sedih merekalah teman. Tapi bersahabat juga ada ujian, bila mereka dah kahwin dah berkeluarga, cuba fikir adakah keeratan yang dulu akan kekal? Mesti mereka ada haluan masing-masing.
Hikmahnya.. allah sentiasa bersama kita, allah datangkan quran untuk membuat hati kita tenang. Tika, kawan memperlekehkan kita, mengumpat kita, bila keluarga tak faham emosi kita, bila sahabat tidak pula berada disisi kita, allah datangkan quran untuk menenangkan hati., dan tugas qarin adalah untuk mengingati. Jadi, kita sendiri yang perlu corakkan teman kita itu seperti apa. Jangan salah kan allah jangan salahkan sesiapa, tuding la jari pada diri sendiri dahulu sebelum menyalahkan orang lain.
kata Ibn Mas’ud meriwayatkan, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda, yang artinya: “Setiap anak Adam mempunyai kelompok, dan bagi malaikat ada kelompok dengan anak Adam. Kelompok setan mengajak kepada kejahatan dan mendustakan yang hak, adapun kelompok malaikat mengajak kepada kebaikan dan membenarkan yang hak. Barang siapa yang mendapatkan yang demikian itu, maka ketahuilah bahwa itu dari Allah dan pujilah Allah, dan barang siapa yang mendapatkan selain itu, maka mintalah perlindungan kepada Allah dari setan yang terkutuk, kemudian ia membaca asy-syaithanu ya’idukumul-faqra wa ya’murukum bil-fahsya’.” (HR. Tirmizi).
HATI
Hati yang allah jadikan sangat berharga sekali. Berharga dari wang dan ringgit.
Jika hati terluka hidup akan sengsara. Tapi sejauh mana kita mampu menjaga hati yang allah beri?
Bila hati kita sakit, apa mampu kita buat? Menyalahkan takdir atau menyalahkan diri sendiri?... kadang hati itu sakit kerana kata2 yang kita ungkapkan. Kadang kata2 yang tiada tapisan dan pabila ingin menutup agar orang tak marah, kita pun katakan ianya satu gurauan.
Kadang aku terfikir bagaimana untuk aku menjadi seperti aku yang kecil dahulu. Diam x sebok hal orang, dan mampu untuk buat kerja tanpa gangguan. Samlai guru-guru kata aku ini orang yang bisu. Aku nak sangat jadi sebegitu. Sebabnya, tanpa berkata yang tak perlu kita mamlu kurangkan dosa kita.
Yess.. memang dakwah itu perlu. Dakwah perlu sentiasa berkata2 dan berhujah. Aku pernah buat semUa itu. Tapi kesannya sangat mendalam dalam diriku..
Kita memberi nasihat sebagai seorang sahabat seislam, banyak kali di salah ertikan. Di cakap perosak rumah tangga orang, dituduh sebagai penjauh dalam kluarga orang. Semuanya sebab kata-kata. Niat kita hanya untuk menegur, akan tetapi lain yang dilihat.
Betullah kata ulama terdahulu, jika nasihat yang di sampaikan di hadam dari sudut positif maka positif la yang akan dapat. Tapi jika nasihat di hadam dari sudut negatif maka negatiflah hasilnya.
Aku pernah berkali-kali cuba untuk diam. Sampai orang kata aku pelik kenapa diam. Selalunya kau tak diam. Hari ini pula kau diam. Apa ada kesalahan apa2 ka yang aku buat. Itu kata2 salah seorang kawan aku, tak tahu apa perlu aku cakap lagi. Aku hanya cakap. Tak ada benda perlu di cakap, rasanya lebih baik diam.
Apa yang mampu di simpulkan, dengan kata2 kita setiap hari cuba fikir berapa orang yang sudah kita sakiti? Mungkin mereka hanya diam, tapi hati mereka allah yang faham. Daripada menanggung dosa daripada lidah lebih baik diam.. DIsini aku tutup dengan satu firman Allah:
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةٗ وَأَصِيلٗا
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;
-Sura Al-Insan, Ayat 25
Jumaat, 4 Oktober 2019
KEMBALI
Aku kembali untuk menebus dosa aku yang lalu.
Aku kembali untuk menjadi seperti saidatina maryam yang banyak beribadah kepada allah dan sentiasa berbaik sangka.
Aku kembali untuk mencari sinar yang telah aku lupakan. Mencari kembali semangat dalam beribadah kepada tuhan.
Aku kembali untuk menjadi diriku yang sebenar. Menjadi seorg yang sentiasa bersangka baik. Pedulila apa kata sekeliling. Bukan mereka menjaminkan syurga untuk kita, tapi kita sendiri yang perlu maju ke hadapan dan sentiasa positif.. menjadi baik bkn mudah. Menjadi perfect agaklah susah. Akan tetapi allah lahirkan kita di dunia adalah untuk beribadah. Hiduplah hanya semata2 kerananya.. Maka kelak Allah akan sayang kan kita.
Sabtu, 29 Disember 2018
Lost Quran
Quran bagaikan hilang dalam diri ini. Bila mengutamakan hal hal lain, bagai terasa quran menangis sendiri. Maafkan Aku duhai Kalam Tuhan. Aku tak mengerti dirimu sentiasa disisi. Bila aku senang kamu aku lupai. Bila aku susah baru dirimu Aku ingati.
Maafkan aku Kalam Tuhan. Setiap bait bait ucapan dirimu sampaikan, aku abaikan tanpa aku ambil sebagai penguat hati. Aku hanya menghafal mu setiap hari, tapi tak mengerti bait bicaramu dalam kalam mu ya rabbi.
Bagaimana mungkin, dapat ku cari kalam seindah mu duhai Quran? Bila dibaca meruntun hati. Bila di hafal memperbaiki hati hitam berkarat ini. Bila di tinggal bagai diri kosong sekali.
Tolonglah aku ya rabbi, temuilah daku dengan sinar AlQuran ini, yang dulu memberi semangat pada hati.
Tapi diriku tak sekuat Nabi. Setiap kali di uji hanya menyalahkan takdir illahi. Kenapa begitu, kenapa begini? sedangkan di sisi lain aku tak mengerti, ujian datang mentarbiah hati. Hati ku hitam, nasihat mereka susahku dengar. Aku bagaikan di dalam fantasi. Memang benar dunia ni penjara dan akhirat itu selamanya. Akan tetapi ingin kecapi akhirat, dunia datang menguji jiwa. Manusia di kurniakan emosi. Marah, sedih, sakit, benci, dendam melekat dalam diri setiap insan. Tapi berapa peratus manusia yang mampu mengawal?
Marah datang dalam emosi. Manusia lain di maki. Bagaikan diri sempurna sekali. Nasihat tak di dengari. Malah kata- kata kesat di lempar sesama sendiri
Sedih pula datang menguasai diri. Menginsafi kesilapan diri. Hingga kadang ingin membunuh diri. Akan tetapi di selamtkan oleh Tuhan Rabbul izzati.
Benci singgah sejenak di dalam hati. Bisikan kejahatan terngiang-ngiang di telinga. Tinggalkan dia. Jauhilah dia. Hidup seorang lebih baik tanpa masalah. Mengapa perlu fikir kepada manusia lain? Amalan kita masih belum cukup dah fikir hal orang lain.
Dendam pula merasuk jiwa.Tak payah, buat apa nak fikir tentang mereka? adakah kau mampu untuk membimbing mereka semua? sedangkan kau cakap di mulut tak sama dengan muka. Pandai berkata tapi tak amanah dengan kata-kata, yang di kata hanya janji serapah. Bagai munafik di dalam jiwa.
Itulah punca bila Quran di tinggal dunia di utama. Penderaan emosi seringkali tercipta. Bagai si gila bercakap sendiri tanpa tujuan. Bagai penagih dadah yang hilang hala tuju kehidupan




