Hati yang allah jadikan sangat berharga sekali. Berharga dari wang dan ringgit.
Jika hati terluka hidup akan sengsara. Tapi sejauh mana kita mampu menjaga hati yang allah beri?
Bila hati kita sakit, apa mampu kita buat? Menyalahkan takdir atau menyalahkan diri sendiri?... kadang hati itu sakit kerana kata2 yang kita ungkapkan. Kadang kata2 yang tiada tapisan dan pabila ingin menutup agar orang tak marah, kita pun katakan ianya satu gurauan.
Kadang aku terfikir bagaimana untuk aku menjadi seperti aku yang kecil dahulu. Diam x sebok hal orang, dan mampu untuk buat kerja tanpa gangguan. Samlai guru-guru kata aku ini orang yang bisu. Aku nak sangat jadi sebegitu. Sebabnya, tanpa berkata yang tak perlu kita mamlu kurangkan dosa kita.
Yess.. memang dakwah itu perlu. Dakwah perlu sentiasa berkata2 dan berhujah. Aku pernah buat semUa itu. Tapi kesannya sangat mendalam dalam diriku..
Kita memberi nasihat sebagai seorang sahabat seislam, banyak kali di salah ertikan. Di cakap perosak rumah tangga orang, dituduh sebagai penjauh dalam kluarga orang. Semuanya sebab kata-kata. Niat kita hanya untuk menegur, akan tetapi lain yang dilihat.
Betullah kata ulama terdahulu, jika nasihat yang di sampaikan di hadam dari sudut positif maka positif la yang akan dapat. Tapi jika nasihat di hadam dari sudut negatif maka negatiflah hasilnya.
Aku pernah berkali-kali cuba untuk diam. Sampai orang kata aku pelik kenapa diam. Selalunya kau tak diam. Hari ini pula kau diam. Apa ada kesalahan apa2 ka yang aku buat. Itu kata2 salah seorang kawan aku, tak tahu apa perlu aku cakap lagi. Aku hanya cakap. Tak ada benda perlu di cakap, rasanya lebih baik diam.
Apa yang mampu di simpulkan, dengan kata2 kita setiap hari cuba fikir berapa orang yang sudah kita sakiti? Mungkin mereka hanya diam, tapi hati mereka allah yang faham. Daripada menanggung dosa daripada lidah lebih baik diam.. DIsini aku tutup dengan satu firman Allah:
وَٱذۡكُرِ ٱسۡمَ رَبِّكَ بُكۡرَةٗ وَأَصِيلٗا
Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;
-Sura Al-Insan, Ayat 25
Tiada ulasan:
Catat Ulasan