Isnin, 14 Oktober 2019

Pengorbanan

Bukan senang hendak berpisah. perit itu terasa. Entah bila lagi boleh berjumpa. Hanya Allah yang faham pengorbanan kita bersahabat. Biarpun ujiannya sangat banyak. Mengekalkan ukhwah terasa berat .Ujian kesetiaan, ujian umpatan, ujian tohmahan ,ujian cemuhan, ujian kata2 org hanya Allah yang faham segala pengorbanan.

Apa yang perlu kita faham setiap kebaikan yang allah tanamkan dalam diri kita perlu di teruskan, sapa yang suka akan kebaikan, manusia akan pandang keburukan dari kebaikan .Sebagai seorang mukmin kebaikan perlu di teruskan walaupun keburukan yang di pandang.

Begitula hakikatnya bersahabat, kadang ada gembira, kadang ada dukanya. Duka apabila semua kita akan berpisah. Pertemuan yang allah berikan hanya sementara, maaf bukan semua ada dalam gambar ini, biarlah hanya allah faham persahabatan ini di tahap mana. Setiap pengorbanan yang kita lakukN akan ada hasilnya di akhirat nnti .Yakin dengan janji allah sahabat.
Setiap pertemuan ada perpisahan. Dalam perpisahan ada kemanisan. Dalam kemanisan ada pengorbanan. Dalam pengorbanan ada tangisan. Dalam tangisan ada kedukaan. Dalam kedukaan terselit kesedihan. Dalam kesedihan ubatnya alquran.
Bersahabatlah seperti rasul dengan sahabat baginda. Bersahabatlah seperti perjuangan para sahbat menentang musuh islam. Bersahbatlah seperti rasul menyebarkan agama bersama sahabat. Bersahabatlah seumpama para sahabat yang bersahabat sehingga allah menjemput mereka. Biar perpisahan ini terasa perit terasa, biar perit di dunia tapi nikmat di syurga. Uhibuki fillah lillahitaala.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan